skikss.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
BATU 7 IJOK Tel : 0332791277, Faks : 0332791277
e-mel : skikss@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Tapak semaian sekolah

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

 

            Sekolah Kebangsaan Ijok terletak di tepi jalan raya dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur iaitu di Batu 7, Ijok di tanah yang luasnya 5 ekar. Sekolah ini mendapat  namanya sempena nama Kampong Ijok dan ditubuhkan pada 1 April 1947.

 

            Pada peringkat awal penubuhannya, bangunan asalnya didirikan oleh penduduk-penduduk Kampong Ijok sendiri secara bergotong-royong. Bilangan muridnya pada waktu itu hanyalah seramai 83 orang. Murid-murid inilah yang menjadi pelupor pertama yang bersekolah di Sekolah Kampong Ijok pada tahun 1947. Sebelum ini murid-murid dari Kampong Ijok bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong. Pada akhir tahun tersebut bilangan murid bertambah menjadi 118 orang. Kerusi dan mejanya telah dibuat sendiri oleh penduduk-penduduk kampong ini menggunakan kayu mahang yang dicari dari hutan.

 

PENGASAS SEKOLAH

 

            Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim. Beliau adalah merupakan Ketua Kampong Kedua bagi Kampong Ijok ini. Beliau berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Datang ke Tanah Melayu secara berkumpulan, bila tiba di Johor, kumpulan ini berpecah, kumpulan Tuan Haji Sukim telah berhijrah ke Ladang Rajaghiri, Selangor dan bekerja sebagai mandur. Semua rakan-rakan berpakat dan setuju melantik Encik Muskam sebagai Ketua Kampong tersebut.

 

            Setelah tujuh tahun bekerja di ladang getah itu, mereka mencari penempatan baru dan menamakan tempat yang baru itu dengan Kampong Ijok.

 

            Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim berpendidikan Belanda. Selain dari itu beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang disegani. Menurut cerita anaknya, Encik Mohajir bin Haji Sukim, bapanya pernah bertapa di Jawa dan tinggal di Masjid Demak iaitu tempat pertapaan Wali Sembilan (Wali Songo). Kehebatannya digeruni oleh kawan dan lawan, sehingga pihak Jepun tidak berani membuat kacau dan menganggu penduduk Kampong Ijok waktu itu. Bertepatan dengan jawatan sebagai ketua kampong, beliau amat perihatin terhadap anak buahnya terutama dari ganggunan pihak tentera Jepun.

 

            Pelantikannya sebagai Ketua Kampong Ijok adalah atas wasiat Datuk Muskam sendiri yang mahukan Tuan Haji Sukim dilantik sebagai ketua kampong. Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim menjadi Ketua Kampong Ijok pada tahun 1945 iaitu bertepatan dengan kehadiran pertama tenteran Jepun di Kota Bahru, Kelantan.

 

            Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim bernikah dengan anak tempatan Kampong Ijok iaitu Puan Asminah binti Haji Ali. Mereka telah dikurniakan 12 orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya menjadi pewaris beliau sebagai pengganti ketua kampong.

 

            Di atas mengenang jasa-jasanya terhadap masyarakat dan negara, beliau telah dikurniakan pingat PJK dan PPN. Dalam usia lebih kurang 70 tahun, Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim telah meninggal dunia kerana sakit tua.

 

 PERKEMBANGAN SEKOLAH

         Semasa ianya mula ditubuhkan bangunan tersebut yang panjangnya kira-kira 90 kaki dan lebar 30 kaki, mempunyai 3 bilik darjah. Kayu-kayu dan peralatan bangunan dicari dari hutan. Atapnya dibuat daripada daun rumbia. Bangunan ini telah runtuh kerana ditiup angin ribut beberapa tahun kemudian.

            Oleh kerana bangunan tersebut telah musnah, kerajaan telah mendirikan bangunan baru pada tahun 1958, ianya dikenali sebagai bangunan A dengan 5 bilik darjah. Bilangan murid kian bertambah pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Hussain.

            Pada tahun 1967, satu lagi bangunan dikenali sebagai bangunan B telah didirikan. Terdapat 3 bilik darjah tambahan menjadikan semuanya berjumlah 8 buah bilik darjah.

            Sebelum itu sebuah rumah untuk Guru Besar dan sebuah rumah guru dua pintu telah dibina dalam tahun 1964. Rumah guru dua pintu yang dibina itu telah dirobohkan kerana telah uzur setelah lama digunakan. Rumah guru untuk Guru Besar  SK Ijok yang agak uzur tetapi masih boleh digunakan telah dijadikan kelas pemulihan pada tahun 1991.

PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH

 

            Pada tahun 1977, sebuah kantin dibina untuk kegunaan murid dan guru sekolah ini. Pada tahun 1980 pula didirikan sebuah lagi bangunan satu tingkat yang pada waktu itu dikenali sebagai bangunan C telah dibina oleh kerajaan. Terdapat 3 buah bilik darjah di tingkat atas, satu setor dan satu tandas lelaki dan satu tandas perempuan.

 

            Di tingkat bawah pula terdapat sebuah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, pejabat sekolah, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan.

            Selain dari itu pihak sekolah sentiasa berusaha dalam memajukan pembangunan fizikal sekolah ini dengan membina tempat letak basikal untuk murid-murid yang diusahakan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini.

            Setelah terbinanya bangunan satu tingkat itu, beberapa bilik darjah dibangunan lama (bangunanA dan B) telah diubahsuai. Bagi Tujuan memberi kemudahan kepada murid-murid menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan, bangunan lama (bangunan A) telah diubahsuai untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah. Satu setengah bilik darjah dijadikan perpustakaan dan separuh kelas digunakan sebagai bilik tayangan.

            Dari bangunan B pula, satu daripada kelasnya telah dijadikan bilik Kemahiran Hidup/Kemahiran Manipulatif. Kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan yang luasnya lebih kurang satu ekar juga disediakan untuk murid-murid sekolah ini. Terdapat juga gelanggang badiminton dan kawasan bermain bola jaring.

            Pihak sekolah juga sentiasa berusaha untik memperindahkan kawasan sekolah supaya sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Di belakang kawasan sekolah ada ditanami dengan pokok kelapa sawit yang diusahakan PIBG sekolah ini.

            Pembinaan projek rumah guru berkembar dijalankan pada tahun ....... Semenjak tahun ..... rumah ini sudah tidak selamat digunakan. Ianya telah dijadikan setor simpanan peralatan sekolah yang sudah tidak boleh digunakan lagi..


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: